Bola Sepak

COV-19 : Pemain TFC dalam pemantauan

Nafuzi bersama barisan kejurulatihan sentiasa memantau dan berhubung dengan pemainnya.

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain tetap memantau aktiviti anak buahnya dan sentiasa berhubung untuk memastikan mereka menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya selain tidak melakukan sebarang aktiviti luar.

Jelasnya dalam tempoh dua minggu ini, dia bersama barisan kejurulatihan lain akan menyediakan program latihan khusus kepada semua pemain yang boleh dilakukan di rumah kerana tidak mahu mereka kembali ke padang dalam keadaan yang tidak cergas bermula bulan hadapan.

“Saya percaya kepada semua pemain saya tidak kira pemain tempatan atau import bahawa mereka tahu menjaga diri masing-masing untuk kekal berada di rumah.

“Ini memang kali pertama kita berdepan situasi sebegini dan saya pula kena memberi arahan dan perancangan menerusi panggilan telefon atau mesej sahaja sepanjang dua minggu ini dan ia bukan mudah sebenarnya.

“Tetapi saya sebagai jurulatih, saya gunakan masa ini untuk menilai semula kelemahan pasukan dan buat analisis perlawanan yang lepas selain sentiasa pantau aktiviti pemain-pemain yang berada di rumah agar momentum mereka tetap terjaga,” jelasnya.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Selasa lalu telah mengeluarkan garis panduan kepada setiap pasukan Liga Malaysia selaras dengan arahan perintah kawalan pergerakan akibat wabak Covid-19 sepertimana yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Justeru, semua pasukan dilarang melakukan latihan dan perlawanan persahabatan, manakala pemain import pula tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan negara ini dan terakhir sekali adalah agar semua pasukan dapat mengawal pergerakan mereka dengan sebaiknya dalam tempoh dua minggu ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: