Uncategorized

Kelantan jaguh Local Derby

Kapten Kelantan, Mohd Nazrin Nawi (kanan) dan Nik Akif Syahiran Nik Mat mengekang pergerakan pemain Kelantan United FC, Mohd Rozaimi Azwar Mat Noor (tengah), pada aksi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Premier di Kota Bharu, malam tadi. Foto Kelantan FA

Kelantan membuktikan mereka adalah jaguh setempat setelah menewaskan Kelantan United FC 2-0 pada pertemuan ‘Derby Local’ Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Kelantan United FC yang turun selaku pelawat menguasai awal permainan hampir di depan pada minit ke-10 namun percubaan Adil Kouskous tersasar di sebelah kiri gawang.

Menuju minit ke-14, giliran tuan rumah mengatur gerakan menerusi Felix Odili yang memperdayakan Alyton Fereira dan Ahmad Nazri Muhamad namun hantaran lintangnya gagal disambar Mohd Danial Ashraf Abdullah di depan pintu gol.

Mohd Danial Ashraf sekali lagi terlepas peluang untuk mencetak nama selaku penjaring gol apabila rembatannya pada minit ke-18 tersasar disusuli tindakan susulannya hasil percubaan awal Mohd Nazrin Nawi ditampan pertahanan lawat, enam minit kemudian.

Penyerang Kelantan, Mohd Danial Ashraf Abdullah (kanan) bijak mengawal bola daripada dirampas pemain import Kelantan United FC, Alfusainey Gassama, pada aksi Derby Local Liga Premier di Kota Bharu, malam tadi.

Anak buah Yusri Che Lah akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila penyerang import Namibia, Lazarus Kiambi memanfaatkan hantaran pendek rakan sepasukan dengan melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gawang lawan Mohd Shahrizan Ismail, pada minit ke-34.

Kedua-dua pasukan kembali berbalas serangan namun kedudukan 1-0 kekal memihak tuan rumah sehingga babak pertama berakhir.

Penyerang gantian Kelantan United FC, Mohd Khairul Izuan Rosli menyalakan sedikit harapan buat pasukannya tetapi percubaan leretnya pada minit ke-52 terus ke dakapan Mohd Faridzuaen Kamaruddin.

Menghampiri minit ke-56, tuan rumah seharusnya menggandakan jaringan tetapi percubaan Odili selepas menghukum kesilapan Faizol Nazlin Sayuti berakhir dengan bola terkena palang meskipun Mohd Shahrizan tertewas diposisinya.

Peluang terbaik buat pelawat untuk mengikat kedudukan menjelma pada minit ke-67 hasil lambungan Fakhrulzaman Wan Abdullah Zawawi tetapi dikecewakan dengan tampanan Adil tinggi melewati palang.

Kelantan United FC sekali lagi mengasak tuan rumah menerusi percubaan kencang Alfusainey Gassama menyaksikan bola muntah daripada tangkapan Mohd Faridzuaen namun Adil gagal melakukan tindakan penyudah, pada minit ke-70.

Aksi semakin rancak dengan Team Red Warriors mencipta dua peluang terbaik tetapi percubaan pemain gantian, Mohd Hakimi Abdullah digagalkan Mohd Shahrizan, pada minit ke-72 dan 75.

Odili membunuh semangat juang Kelantan United FC apabila menanduk masuk gol kedua hasil percubaan awal Nik Akif Syahiran Nik Mat berpuca serangan balas pantas, tujuh minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: