Uncategorized

Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 : Undian seimbang untuk semua pasukan

Lee Zii Jia diundi bertemu pilihan keenam dari Indonesia, Christie Jonathan di pusingan pertama.

SERAMAI 160 pemain sah berkampung di Axiata Arena untuk menentukan siapakah yang bakal bergelar juara di kejohanan Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 (CAMO2020) yang dijadual bermula dari 31 Mac depan.

Undian seimbang melibatkan semua pemain pemain pilihan yang akan beraksi di kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Pesekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US 750 000.

Dalam acara perseorangan lelaki, juara bertahan, Lin Dan dari China sah akan turun mempertahankan kejuaraan dan bakal memburu trofi ketiga.

Pemenang pingat emas sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu bakal memulakan saingan dengan menentang Khopsit Phetpradab dari Thailand.

Manakala Chou Tien Chien yang diletak selaku pilihan pertama kejohanan diundi berdepan pemain dari Korea Selatan, Son Wan Ho sementara pilihan kedua dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pula diundi berdepan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei.

Celcom Axiata Terbuka Malaysia turut disertai dua pemain Denmark, Anders Antonsen dan naib juara Malaysia Masters 2020, Viktor Axelsen yang diletak selaku pilihan ketiga dan keempat.

Wakil perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia diundi bertemu pilihan keenam dari Indonesia, Christie Jonathan di pusingan pertama.

Persaingan bagi perseorangan wanita menyaksikan dua jaguh terbaik dunia, Chen Yu Fei (China) dan Tai Tzu Ying bakal menggegar Axiata Arena.

Yu Fei dan Tzu Ying, pilihan pertama dan kedua kejohanan telah berentap di Axiata Arena di pentas final ketika Malaysia Masters pada Januari lalu, dan pastinya menjadi tumpuan 30 pemain lain yang meletakkan misi untuk memburu kejuaraan.

Chen Yu Fei akan berdepan Evgeniya Kosetskaya (Rusia) sementara Tai Tzu Ying diundi bertemu pemain negara, Sonia Cheah.

Pilihan ketiga dari Jepun, Akane Yamaguchi pula akan berdepan wakil Indonesia, Fitriani Fitriani manakala rakan senegara, Nozomu Okuhara yang diletak selaku pilihan keempat, akan berdepan Kim Ga Eun (Korea Selatan).

Beregu lelaki juga tidak kurang menarik untuk disaksikan dimana juara 2017, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukalmujo memasang impian untuk meraih kemenangan kali kedua di saingan Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020.

Beregu nombor satu dunia ini bagaimanapun bakal berdepan cabaran termasuk rakan seperjuangan, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang turut memburu trofi kedua di kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Pesekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dua gandingan Indonesia ini dilihat seteru utama buat juara bertahan yang diletak selaku pilihan ketiga, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China yang akan memulakan pusingan pertama menentang bergu professional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Selain V Shem-Wee Kiong Malaysia turut dibarisi Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, serta pilihan kelapan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mencabar bagi pemburuan gelaran juara.

Turut mengambil bahagian, dua beregu Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dan Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe yang diletak selaku pilihan keempat dan keenam kejohanan.

Juara bertahan dalam acara beregu campuran, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China juga mengesahkan penyertaan di Celcom Axiata Terbuka Malaysia sekaligus turun dengan matlamat untuk mempertahankan kejuaraan.

Qing Cheng-Yi Fan akan memulakan pusingan pertama berdepan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Jung Kyung Eun.

Pilihan kedua, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pula diundi berdepan pasangan dari Taiwan, Hsu Ya Ching-Hu Ling Fang di pusingan pertama.

Malaysia bakal diwakili tiga beregu, Vivian Hoo-Yap Weng Chen, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan pasangan muda, Pearly Tan-M Thinaah.

Tahun 2020 bakal menoktahkan sejarah buat Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam acara beregu campuran.

Jika berjaya menaiki podium selaku juara Celcom Axiata Terbuka Malaysia, mereka bakal melakar kejuaraan hatrik pertama dalam sejarah kejohanan.

Zheng dan Huang akan memulakan kempen Celcom Axiata Terbuka Malaysia menentang beregu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di pusingan pertama.

Satu lagi beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula akan memulakan aksi pusingan pertama berdepan pilihan kelapan dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.

Manakala pasangan professional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang diletakkan selaku pilihan keenam akan berdepan Mathias Christiansen-Alexandra Bøje dari Denmark.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: