Uncategorized

FAM pandang serius isu perkauman


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius isu rasis yang melanda dalam saingan Liga Malaysia ketika ini.

Menurut kenyataan rasmi badan induk itu, bola sepak adalah ejen menyatu padukan rakyat dan FAM memandang serius perihal isu membabitkan perkauman.

“Bola sepak perlu menjadi sesuatu yang seronok untuk disaksikan bersama. Mari kita bersama perangi provokasi, gangguan dalam bola sepak yang bersifat perkauman (racism), warna kulit atau berbeza bangsa.

“Ada pemain, jurulatih, pegawai dan penyokong ditindas kerana warna kulit atau kerana asal usul, tidak perlu ada penindasan terhadap mana-mana individu di dalam bola sepak,” katanya.

Semalam, Cakap Sukan melaporkan pengendali Selangor, B Sathianathan meluahkan perasaan marah pada sidang media selepas perlawanan CIMB Liga Super menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Beliau mengkritik sikap peminat negara ini yang masih bermain isu rasis kepada para pemainnya.

Sathianathan menamakan P Prabakaran yang sering diherdik dengan kata-kata kesat dan dicemuh di atas padang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d