Uncategorized

Pemergian Allahyarham Salleh satu kehilangan besar

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyifatkan pemergian Allahyarham Salleh Ibrahim satu kehilangan besar bagi arena bola sepak negara.

Presidennya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, Allahyarham Salleh adalah seorang pemain yang dilahirkan daripada generasi emas negara dan pemergiannya amat sukar dicari ganti.

“Allahyarham seorang pemain emas yang dilahirkan daripada Kelantan dan membina nama negara di peringkat dunia pada zaman kegemilangannya.

“Sudah pasti kami kehilangan seorang lagenda bola sepak yang hebat dan sukar ditandingi mana-mana pemain pada generasi hari ini,” katanya.

Lagenda bola sepak kebangsaan pada Sukan Olimpik Munich 1972 itu meninggal dunia pada usia 73 tahun dikediamannya di Kota Bharu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari akibat penyakit bengkak hati selepas seminggu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Landak, Pengkalan Chepa, selepas solat Asar, petang tadi.

Jaringan kedua yang dihasilkan Allahyarham ketika negara menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada peringkat kumpulan Sukan Olimpik itu seharusnya perlu diingati oleh generasi bola sepak negara, pada hari ini.

Allahyarham merupakan tiga pemain dari Kelantan selain Allahyarham Wan Zawawi Wan Yusoff dan Hamzah Hussin mendapat panggilan mewakili negara pada temasya itu.

Beliau mewakili negara pada 1971 hingga 1972 dan mengumpul 68 caps di pentas antarabangsa.

Antara pemain sezaman dengannya adalah Datuk Soh Chin Aun, Namat Abdullah, V Krishnasamy, Shaharuddin
Abdullah dan Looi Loon Teck.

Diperingkat domestik, beliau menyarung jersi Kelantan pada 1963, 1970-1972, Singapura (1965), Perak (1973-1980) dan terakhir Penjara Malaysia.

Wan Abdul Rahim memberitahu, mewakili KAFA, beliau mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan kepada bola sepak Kelantan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: