Uncategorized

Adakah salah saya letak pemain Keling?


B Sathianathan Foto: FA Selangor

KEM Selangor FA agak tegang susulan isu rasis yang dilemparkan oleh segelintir penyokong terhadap skuad kendalian B Sathianathan.

Dalam sidang media selepas perlawanan CIMB Liga Super menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Sathia dengan nada emosi mengkritik sikap peminat negara ini yang masih bermain isu rasis kepada para pemainnya.

“Saya risau mengenai P Prabakaran. Dalam Facebook orang kata saya pilih bulu. Kata pilih bulu ini datang daripada seorang bekas pemain.

“Saya nak tanya, adakah salah saya letak salah seorang pemain (Prabakaran). Adakah salah saya letak seorang keling macam saya. Keling bukan pemain bola ke?,” soal pengendali Merah Kuning itu malam tadi kepada pemberita.

Dia juga mempersoalkan segelintir peminat yang menulis sesuka hati di Facebook tanpa memikirkan kesan dan akibat selepas itu.

“Cara dia tulis macam tak pergi sekolah langsung. Dah 63 tahun kita merdeka. Masih lagi maki menggunakan keling la, anjing la.

“Itu sikap penyokong ke. Masa dihabiskan kat kedai kopi, minum teh tarik duduk hingga tiga, empat jam komen di Facebook.

“Saya 62 tahun datang daripada kampung Melayu, duduk dengan orang Melayu. Saya tak pernah dengar tapi orang boleh cakap macam-macam,” kesalnya.

Malah, Sathianathan juga menyifatkan individu itu sebagai gila dan mungkin tak bersekolah.

“Gaya budak tak sekolah. Dia hanya campur Melayu sahaja. Keling. Masih lagi dengar dan pakai perkataan keling. Pakai otak sikit la.

“Selangor pada tahun-tahun mereka berjaya saya berani cakap. Empat India, lima India, tiga cina, empat melayu bermain dalam satu pasukan dan jadi juara.

“Ini baru saya letak satu dan dua pemain India. Di Kelantan, saya letak dua keling, dah juara. Itu Kelantan. Patut orang Kelantan bermain. Ini mereka tak boleh terima,” katanya lagi.

Sathia juga bimbang emosi pemainnya yang terganggu dan kurang fokus akibat perkara rasis ini.

“Budak-budak turun (bermain) pun takut nak turun. Pasal apa, dia baru kahwin dan apabila bini dia baca. Macam mana kamu rasa?

“Tolonglah guna otak. Tapi apabila orang lain buat silap..Mat Salleh buat silap. Tiada apa-apa. Tapi keling buat silap, kata gelap tak nampak.

“Saya berani cakaplah, kalau nak cakap apa-apa cakaplah. Tapi perkataan anjing dan keling jangan digunakan dalam Facebook. Patut saya buat laporan kepada pihak polis. Ini bodoh,” tegas Sathia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading