Uncategorized

Kemana hilangnya sopan santun rakyat Malaysia : ASFC

“Sukan sewajarnya menjadi alat perpaduan, malangnya bola sepak telah dicemari dengan unsur rasis dan kebencian.

Itu nada kesal diluahkan Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid ketika dihubungi cakapsukan.com mengenai isu rasis yang melanda kem Merah Kuning sejak akhir-akhir ini.

Beberapa pemain Selangor menjadi sasaran kecaman rasis daripada segelintir peminat sehingga menyentuh soal peribadi luar padang.

“Bukan dalam bola sepak jer berlakunya kutuk mengutuk hina menghina caci mencaci..dalam pelbagai perkara pun sama gak dilaman sosial Facebook ni sampai menaip tanpa rasa hilang hormat dan kemana hilang perginya sopan santun kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Jelas Mohd Faizal, pengguna laman sosial perlu bijak dan berfikir dahulu sebelum membuat hantaran di Facebook atau sebagainya.

“Pada saya kita perlu ada akta lebih tegas untuk kekang perkara seperti ini. Biasa dalam politik, tapi dah berjangkit pula ke dalam permainan bola sepak.

“ASFC menggesa peminat tempatan khususnya penyokong setia Red Giants lebih berhemah dan berhati-hati menggunakan laman sosial,” katanya lagi.

Malam tadi, pengendali Selangor, B Sathianathan meluahkan perasaan marah pada sidang media selepas perlawanan CIMB Liga Super menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau mengkritik sikap peminat negara ini yang masih bermain isu rasis kepada para pemainnya.

Sathianathan menamakan P Prabakaran yang sering diherdik dengan kata-kata kesat dan dicemuh di atas padang.

Sementara itu, tinjauan Cakap Sukan di media sosial mahu Sathianathan membuat laporan polis supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: