
Giliran Sabah membuktikan kemampuan mereka selepas tiga wakil melangkah ke pentas final dalam saingan Bawah 16 tahun Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS Divisyen 1 Pusingan 1 hari ini.
Dalam aksi perseorangan lelaki B16, Daniel Edry Elvestly menjadi tumpuan apabila menunjukkan jalan keluar kepada pilihan kedua dari Johor, Muhd Ariffin Nazri Md Zakaria.
Turun sebagai pemain pilihan ke 3 / 4, Daniel gagal utuk membaca gerakan Ariffin sekaligus tewas set pertama 16-21.
Namun, pemain kelahiran Kota Marudu ini tetap fokus dan tenang sepanjang perlawanan sambil menanti peluang keemasan untuk memerangkap lawan.
Percaturannya ternyata berhasil untuk memastikan kemenangan di dua set berikutnya 21-17, 21-14 untuk mara ke final.
“Di awal set pertama saya gagal bermain mengikut momentum yang ditentukan tetapi di set kedua saya hanya mengikuti cara permainan lawan dan menantinya untuk melakukan kesilapan.
“Keyakinan semakin tinggi dan sudah tentu saya mahukan kemenangan esok,” kata Daniel.
Menanti Daniel adalah pemain Johor, Wee Yee Hern yang dipaksa bertarung tiga set sebelum menang 21-14, 13-21, 21-19 ke atas Lim Jhian Meng dari Kedah.
Dalam saingan perseorangan perempuan B16, Goh Shuen Tong semakin hampir memuktamadkan misi meraih kemenangan selepas mara ke final dengan menewaskan Gan Wan Yan dari Pulau Pinang dengan keputusan 21-13, 24-22.
“Lawan saya tampak tidak fokus diawal set dan banyak melakukan kesilapan tetapi di set kedua dia (Gan Wan Yan) bermain lebih aggresif tetapi saya berjaya mengawal permainan dan menang,”kata Shuen Tong
Shuen Tong akan berdepan pemain tuan rumah, Sik Xiao Hui di pentas final esok.
Xiao Hui turut melakar kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua dari Johor, Ler Yee Huey 22-20, 21-17.
Shuen Tong turut cemerlang dalam acara beregu perempuan B16 dimana gandingannya dengan Cassey Rynn Rompog berjaya menewaskan gandingan pilihan pertama dari Johor Ley Yee Huey-Teoh Ju Kee dengan kemenangan straight set 21-11, 21-18.
Dipentas final, Shuen Tong-Cassey Rynn akan berdepan pilihan kedua Selangor, Sik Xiao Hui-Wong Zhi Yi yang menewaskan pasangan dari Sabah, Nur Adela Nadia Ali-Clay Shervina Joinis 21-12, 21-14.
“Kami sudah tahu cara permainan lawan dan tidak banyak masalah untuk meraih mata dan memastika kemenangan menjadi milik Sabah.
“Untuk final kami tidak mahu terlalu yakin kerana pernah tewas di kejohanan lain. Jadi ini adalah peluang untuk kami membalas dendam,”kata Cassey.
Add Comment