Uncategorized

KV Betong juara final Karvotek 2020

PASUKAN Kolej Vokasional (KV) Betong bergelar juara Kejohanan Bola Sepak Karvotek Zon Sarawak 2020 selepas menumpaskan KV Miri menerusi jaringan 1-0.

Selaku tuan rumah, KV Betong dilihat mengamalkan corak permainan bertahan sejurus memperoleh gol pada babak pertama.

Jelas jurulatih KV Miri, Mohd Hakimi Man, walaupun tak menjuarai kejohanan, namun ianya tetap memberikan pengalaman yang amat berharga kepada para pemain dan dirinya.

“Saya telah melalui begitu banyak pengalaman dalam proses untuk menjadi jurulatih yang penuh karisma.

“Dalam proses pembentukan menjadi seorang pemain yang berkaliber, anda juga akan melalui proses kitarannya, itulah yg dinamakan sebagai belajar melalui pengalaman yang amat berharga.

“Syabas dan tahniah buat pasukan KV Betong yang berjaya menjadi Johan Karvotek Zon Sarawak 2020.

“Beraksi di laman sendiri dan berdepan dengan juara bertahan di final kejohanan, sudah pasti anda mahukan kemenangan dalam perlawanan epik ini….anda telah berjaya merealisasikan,” katanya.

Jelas Mohd Hakimi, jika semangat Ngap Sayot dan corak permainan KV Betong selaku Juara Kejohanan Karvotek Zon Sarawak 2020, dia yakin pasukan itu boleh mara lebih lagi jauh di peringkat kebangsaan nanti malah tidak mustahil akan bergelar Juara Kebangsaan.

“Apa pun, saya menzahirkan rasa bangga buat semua pemain KV Miri yg telah memberikan segala-galanya. Anda telah memberikan kesan mendalam di hati penonton dengan karektor dan cara anda menangani semua situasi sebelum, semasa dan selepas permainan,” ujarnya yang tidak menyalahkan pasukan lawan dengan corak permainan keras mereka.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

“Anda semua adalah yang terbaik. Buat semua pemain KV Miri saya amat bangga dengan karektor anda semua. Buat pengurus pasukan, Cikgu Nor Hisyam Mahadi dan jurulatih berkaliber, Cikgu Ismail Lumut…terima kasih atas sumbangan anda. You are the best,” ungkapnya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: