Uncategorized

Aksi tertangguh, Yusri mohon maaf kepada penyokong Kelantan


Yusri (dua,kanan) memohon maaf kepada penyokong Kelantan susulan penundaan perlawanan menentang UKM FC di Selayang akibat faktor cuaca, petang tadi. Foto Kelantan FA

Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah memohon maaf kepada penyokong pasukannya susulan penangguhan pertemuan menentang UKM FC pada aksi kedua Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.

Yusri berkata, penundaan perlawanan adalah sesuatu diluar jangkaan berikutan cuaca buruk melanda pada awal pertemuan kedua-dua pasukan itu.

“Pada saya ketentuan Allah itu lebih besar, kita kena bersyukur dengan apa yang berlaku dan sekurang-kurangnya hari ini pemain kita dan pihak yang berkenaan tahu (penangguhan) perlawanan ini, cuaca bukan ditangan kita.

“Kita akur dengan apa juga yang dimaklumkan pihak MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan bersetuju, cuma kepada penyokong, saya memohon maaf kerana apa yang berlaku hari ini bukanlah keinginan kita,” katanya.

Penyokong Kelantan akur aksi pertemuan menentang UKM FC di Stadium MP Selayang ditangguh akibat faktor cuaca buruk. Foto Kelantan FA

Sepak mula perlawanan itu berlangsung jam 4.45 petang namun kedua-dua pasukan hanya sempat memperagakan aksi lebih kurang 10 minit sebelum pengadil menghentikan permainan berikutan hujan lebat dan ribut petir melanda, ketika itu.

Namun selepas 30 minit aksi tertunda, tidak ada tanda-tanda cuaca kembali pulih dan perbincangan kedua-dua pasukan bersama pegawai pertandingan bersetuju perlawanan tersebut ditunda ke satu tarikh lain yang akan diputuskan kemudian.

Disebalik penangguhan tersebut, jurulatih berasal dari Perlis itu bagaimanapun mengakui ia mungkin boleh memberi kesan kepada kantung pasukannya kerana sekali lagi terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk bertandang ke gelanggang lawan, nanti.

“Penangguhan yang berlaku memungkinkan untuk kita bermain juga (sekali lagi), contohnya pasukan Kelantan dimana kami tak ada dana cukup untuk (menghadapi) perlawanan (situasi tertangguh) seperti ini.

“Bukan saya nak salahkan mana-mana pihak cuma di sini saya mohon sesuatu yang lebih baik dicapai pada perlawanan seterusnya.

“Jadi untuk perlawanan akan datang yang tertunda, pihak MFL dan UKM FC dapat mencari jalan penyelesaian, (kerana) penangguhan yang terpaksa ini melibatkan kos besar buat kita,” ujarnya.

Kesebelasan utama Kelantan hanya sempat beraksi lebih kurang 10 minit sebelum pengadil menghentikan perlawanan. Foto Kelantan FA

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d