Uncategorized

KV Miri bangkit daripada ketinggalan untuk ke final


DALAM permainan bola sepak tiada ungkapan erti putus asa sehinggalah ke tiupan wisel penamat.

Itulah yang dibuktikan pemain pasulan Kolej Vokasional (KV) Miri yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan KV Bintulu 3-1 pada aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Karvotek Zon Sarawak 2020.

Pada pertemuan itu, KV Miri membalas tiga gol menerusi Mohd Syazwan Mohd Ali minit ke-36,
Dannyson Bryan Sundah (M-41) dan Thompson Thomas Ubong (M-60).

“Tahniah dan syabas buat semua ahli pasukan yang kekal bersatu serta berkerja keras tanpa jemu terutamanya Cikgu Ismail Lumut, Cikgu Nor Hisyam Mahadi, pengurusan pasukan KV Miri, barisan pemain dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung,” ungkap jurulatih KV Miri, Mohd Hakimi Man.

Beliau menjelaskan, aspek taktikal telah menjadi garis pemisah untuk kedua-dua pasukan.

“Biarpun kita ketinggalan danberdepan dengan asakan keras, kita kekal tenang dan bersabar dalam mencatur gerak.

“Inilah aspek yang begitu penting dalam bola sepak jika gagal menguasainya sukar untuk kita bangkit,” katanya lagi.

Menjelang aksi final nanti, Mohd Hakimi memberitahu lawan yang bakal ditentang adalah KV Betong.

“Sekali lagi kita ke final dan akan bertentang mata dengan KV Betong yang juga tuan rumah kejohanan.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan, kita hanya perlu bermain dengan keberanian dan mengikut acuan yang telah dipersiapkan oleh jurulatih.

“Kalah atau menang kita menerima dengan hati terbuka,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d