
Aksi suku akhir Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS Divisyen 1 Pusingan 1 menyaksikan Johor mendominasi saingan perseorangan bawah 16 tahun lelaki dan perempuan apabila tiga wakil mereka layak ke peringkat separuh akhir.
Pemain perseorangan lelaki B16 Johor, Wee Yee Hern paling mencuri tumpuan hari ini selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan pilihan pertama yang juga wakil tuan rumah, Kok Jia Cheng.
Tewas 15-21 di set pertama, Wee Yee Hern mempamer aksi yang cukup bertenaga untuk mengecewakan Jia Cheng 21-8, 21-11 untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
“Saya gagal memberi fokus dengan baik di set pertama dan tewas tetapi di dua set berikutnya, saya bermain dengan lebih pantas dan berjaya mengawal gelanggang dengan baik untuk mara ke final,” kata Yee Hern.
Aksi separuh akhir, Wee Yee Hern dijadual berdepan Lim Jhian Meng dari Kedah yang menewaskan Chong Jen Son dari Johor 21-10, 12-21, 21-12.
Rakan sepasukan Yee Hern, Muhd Ariffin Nazri Md Zakaria turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas pilihan kedua itu melakar kemenangan straight set 24-22, 21-9 ke atas Carlester Cleves James.
Ariffin akan berdepan pemain pilihan ke 3 / 4, Daniel Edry Elvestly dari Sabah yang mengesahkan kemenangan straight set 21-16, 21-16 ke atas Denish Iskanda Mohd Fairus dari Selangor.
Aksi perseorangan wanita B16, Ler Yee Huey dari Johor mengisi slot ke separuh akhir selepas melakar kemenangan straight set 21-18, 21-18 ke atas waki Kedah, Sanyukta Sithambaram.
Yee Huey akan berdepan pilihan ke 3 /4 tuan rumah, Sik Xiao Hui yang melakar kemenangan 21-15, 22-20, 21-17 ke atas rakan sepasukan, Selina Loh Hor Yan.
Turut mara, pilihan pertama, Goh Shuen Tong dari Sabah selepas menundukkan Sahanna Aplanaidu dari Kedah straight set 21-17, 21-12.
Shuen Tong akan berdepan pilihan ke 3 / 4, Gan Wan Yan dari Pulau Pinang yang bangkit daripada ketinggalan untuk menang 17-21, 24-22, 21-16 ke atas Teoh Ju Kee dari Johor.
Dalam acara beregu lelaki, pilihan pertama dari Johor, Chong Jen Son-Wee Yee Hern mara ke separuh akhir selepas menang straight set 21-16, 21-17 ke atas gandingan Selangor, Achmad Syamsul Hadi-R Saravanan dan akan berdepan beregu pilihan ke 3 / 4 dari Sabah, Andrew Aguwell-Daniel Edry Elvestly yang membenam cabaran Webber Han Lee Wei-Lim Jhian Meng dari Kedah 21-15, 21-17.
“Kami berdua banyak melakukan kesilapan sepanjang perlawanan dan berjaya untuk kembali mengawal permainan sekaligus mara ke separuh akhir. Kami sudah sampai sehingga peringkat ini dan sudah tentu kami mahu memastikan kejuaraan menjadi milik kami,” kata Jen Son.
Dua lagi slot separuh akhir diisi Lee Chen Xi-Ong Jian Ji dari Pulau Pinang yang menang 19-21, 21-9, 21-14 ke atas Mohd Najib Muhd Haziq-Joshua Ng Jin Hui dari Selangor.
Chen Xi-Jian Ji akan berdepan Brandon Hee Hek Yong-Kok Jia Zheng dari Selangor yang menang straight set 21-12, 21-16 ke atas Chia Chun Yew-Lim Chew Eng dari Kedah.
Add Comment