Uncategorized

Piala Sumbangsih 2020 : JDT, Kedah ada ramuan tersendiri buru kejuaraan


Piala Sumbangsih 2020 bakal menjadi rebutan antara JDT dan Kedah pada malam esok.

SELEPAS hampir tiga bulan berehat, tirai saingan bola sepak tempatan kembali di singkap malam esok dengan membabitkan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

Juara Liga Super dan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan menanti kunjungan penyandang Shoope Piala FA, Kedah.

Kedua-dua pasukan yang masing-masing dikendalikan jurulatih luar negara pasti memiliki ramuan dan taktikal berbeza untuk dipersembahkan kepada para penyokong.

Bagi pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora mereka akui kekuatan pelawat yang diperkuatkan tonggak import serangan baharu, Kpah Sherman.

“Kami harus menghormati Kedah. Musim lalu mereka menang Piala FA. Semua pemain ada kualiti dan Sherman adalah penyerang yang ‘powerful’ dan kelebihan fizikal.

“Kami akan menggunakan kelebihan tempat sendiri dan bermain di stadium baru yang dipenuhi para penyokong.

“Tempoh 90 minit apa saja boleh berlaku namun kami akan kekal dan fokus apa yang perlu kami buat dan tahu,” katanya pada sidang media di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

Sementara itu, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Ishak memberitahu, para pemain kini dalam keadaan bersedia untuk perlawanan malam esok.

“Ini merupakan perlawanan pertama kita dalam saingan Liga Malaysia dan kami tekad memberi yang terbaik untuk musim 2020. Para pemain juga dah bersedia aksi malam esok.

“Kita akan bermain di padang terbaik di Asia dan mahu pemain fokus sepanjang perlawanan,” katanya mendedahkan tiada kelibat Farhan Roslan yang tersisih.

Kapten Lang Merah, Baddrol Bakhtiar pula enggan memikirkan mengenai bekas rakan sepasukan, Liridon Krasniqi yang kini bersama JDT.

“Kami akan ikut arahan taktikal jurulatih dan kekal konsisten sepanjang perlawanan malam esok,” ujarnya.

MALAM ESOK

JOHOR DARUL TA’ZIM lwn KEDAH

SABTU, 29-02-2020

UiTM FC lwn MELAKA

PAHANG lwn SELANGOR

TERENGGANU FC lwn PERAK


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d