Bola Sepak

Pengadil bertaraf Fifa adili Piala Sumbangsih 2020.

PENGADIL tempatan berkualiti yang bertaraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal mengadili perlawanan Sumbangsih diantara Johor Darul Ta’zim dan Kedah, 28 Februari nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid berkata beberapa pengadil telah dikenalpasti untuk mengendalikan perlawanan tersebut.

“Kita sudah keluarkan senarai pengadil tapi tidak boleh sebut nama, memang pengadil yang berkualiti dan bertaraf FIFA akan mengadili perlawanan tersebut.

“Untuk tahun ini juga persiapan pengadil banyak kursus diadakan bermula November tahun lepas dan terkini minggu lalu,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid berkata dua pegawai wanita itu membabitkan seorang pengadil dan pembantu pengadil.

“Buat pertama kalinya pada tahun ini dua pengadil, seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil wanita yang akan terbabit sama ada dalam Liga Super atau Liga Perdana.

“Ini salah satu usaha FAM untuk mengetengahkan pengadil wanita. Selain itu, kita ada 30 pengadil baharu yang akan diketengahkan untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana tahun ini.

“Ini juga salah satu usaha kita untuk meneruskan kesinambungan pengadil tempatan dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: