Bola Sepak

FAM, MISC agresif cungkil pemain kebangsaan


KEJOHANAN Piala Bardhan adalah pentas terbaik untuk menaikkan mutu dan penyatuan diantara rakyat dan langkah agresif sedang dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama MISC bagi menarik penyertaan lebih besar dalam kalangan komuniti ini terutama sebagai pemain kebangsaan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan terus mencari jalan mempromosikan bola sepak dalam kalangan kaum India dengan bekerjasama melancarkan program khas bersama MISC.

“Sememangnya Piala Bardhan ini adalah ‘ejen’ terbaik untuk menaikkan lagi mutu bola sepak tempatan apatah lagi bola sepak sememangnya adalah medium menyatu padukan rakyat.

“Ia juga sering dengan usaha Majlis Sukan India Malaysia (MISC) yang terus berusaha dan mencari jalan mempromosikan bola sepak dalam kalangan komuniti India,” jelasnya yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Bardhan  Datuk Haji Hamidin yang hadir menyaksikan di Stadium Selayang, semalam.

Hamidin diperkenalkan dengan barisan pemain Kuala Lumpur.

Pada perlawanan yang memasuki edisi ke 60 itu, Kuala Lumpur mempamerkan aksi cukup memberangsangkan untuk menewaskan Kedah dengan keputusan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan.

Kedua-dua pasukan menyajikan aksi cukup sengit dan terbaik buat penyokong sekaligus membuktikan kualiti bola sepak tempatan semakin meningkat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d