Bola Sepak

FAM puji usaha SAM

Barisan peserta yang terdiri dari pengamal media menyertai seminar di Wisma FAM.

PENGERUSI Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Md Dali Wahid menyifatkan seminar anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama FAM perkongsian tepat dan bijak khususnya dalam tugasan pengadil

Jelasnya, program ini adalah julung kali diadakan dan berterima kasih kepada pimpinan SAM.

“Perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak mampu memberikan penjelasan dan pengalaman berharga buat pengamal media berkaitan tugasan pengadil dimana selalunya laporan yang dikeluarkan kurang tepat.

“Tetapi hari ini pengamal media akan diberikan penerangan jelas dan bagi saya ia merupakan perkongsian yang amat baik,” jelasnya berucap merasmikan Seminar sehari anjuran SAM dengan kerjasama FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Seminar ini disertai oleh para wartawan dan pengamal media sukan tempatan yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan baharu serta membantu mereka dalam menyampaikan berita dengan lebih tepat apabila melibatkan isu-isu kepengadilan.

Majlis perasmian seminar ini pada sebelah pagi tadi telah disempurnakan Md Dali dan turut urut dihadiri oleh Presiden SAM, Jasni Shafie serta Naib Presiden SAM, Izahar Atan.

Seminar ini merangkumi tiga sesi pembentangan oleh Ketua Unit Pengadil FAM, Haji Kassim Kadir Bacha; Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM, Ahmad Faisal Mohamed Fiah dan bekas Pengadil FIFA, Nagor Amir Noor Mohamed, disusuli dengan sesi praktikal di padang.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta disempurnakan oleh Exco FAM, Christopher Raj selaku Pengerusi Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam FAM dan turut disertai oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam serta Md Dali, Jasni dan Izahar.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: