
Hari ini 62 tahun yang lalu, pada 6 Februari 1958, pesawat British European Airways jatuh terhempas selepas berlepas dari landasan Bandaraya Munich, Jerman.
Sebanyak 23 daripada 44 penumpang meninggal dunia dalam tragedi itu, termasuk antaranya lapan pemain kelab sepak bola England, Manchester United.
Mengikut perancangan asal, pesawat yang membawa rombongan pemain Manchester United itu akan pulang ke London selepas tamat aksi suku akhir Piala Eropa (Liga Juara-Juara ) di Red Star Belgrade, Yugoslavia.

Meskipun perlawanan itu berakhir seri 3-3, The Red Devils layak ke separuh akhir Piala Eropa setelah menang agregat 5-4.
Dipetik daripada History, pesawat tersebut singgah di Munich, Jerman, untuk mengisi bahan bakar.
Ketika itu, Munich baru sahaja dilanda badai salji dan tidak berada dalam kondisi terbaik untuk aktiviti penerbangan.
Ketua juruterbang, James Thain telah membatalkan dua percubaan penerbangan pertamanya untuk berlepas dari landasan kerana masalah mesin.
Kira-kira jam 3 petang waktu setempat, ketika mahu berlepas buat kali ketiga, pesawat melanggar pagar di hujung landasan selepas gagal mendapatkan daya angkat (lift) yang cukup.
Letupan terjadi setelah pesawat tersebut terseret hingga menghentam sebuah bangunan kosong.
Tujuh pemain dinyatakan meninggal dunia di lokasi. Salah seorangnya, Duncan Edwards meninggal dunia dua minggu kemudian akibat cedera parah.
Add Comment