Penganjur sedia hadapi sebarang kemungkinan di Borneo

Scroll down to content

PENGANJUR Human Voyage sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan berusaha sejak awal untuk memastikan perjalanan perlumbaan yang lancar di peringkat Borneo pada jelajah PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 yang membuka tirainya minggu ini.

Ketika pasukan, pelumba, pegawai dan para jemputan mula tiba di Kota Kinabalu menjelang Majlis Pengenalan Pasukan dan perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia, 5 dan 6 Februari ini, Human Voyage yang diterajui Ketua Pegawai Operasi (COO) Shahaizereen A Hamid, telah meningkatkan usaha untuk memastikan segala aspek perlumbaan tidak berdepan masalah, termasuk mengambil langkah-langkah keselamatan kesihatan berikutan penularan wabak coronavirus.

Perincian mengenai perjalanan melalui darat dan udara pasukan, pegawai serta seluruh kakitangan ke Kota Kinabalu dan Kuching diberi perhatian khusus bagi mengelakkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan logistic, kata Shahaizereen.

Kesemua 21 pasukan sudah mengesahkan penyertaan dalam LTdL 2020 ini, yang akan bermula dengan perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 6 Februari (Khamis). Acara julung kali dianjurkan ini adalah bersempena sambutan ke-25 tahun Jubli Perak penganjuran LTdL tahun ini.

Perlumbaan sebenar Peringkat 1 akan diadakan pada 7 Februari (Jumaat) di Padang Merdeka, Kuching pada 7 Februari. Ini adalah penganjuran kali kedua selepas kali pertama pada 1997, kerana laluan perlumbaan selepas itu tertumpu di Semenanjung di mana Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi sering menjadi lokasi mula dan penamat.

Semua jabatan yang berkaitan termasuk agensi dari pihak berkuasa tempatan sudah sedar tanggungjawab yang perlu mereka galas. Kami sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan berharap dapat menyediakan suasana perlumbaan dan keselamatan yang selesa untuk pelumba, pasukan, pegawai dan seluruh warga kerja sepanjang jelajah ini, kata Shahaizereen di sini, hari ini.

Pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan dalam edisi LTdL tahun ini termasuklah satu pasukan bertaraf World Tour, 5 pasukan profesional benua, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan (Malaysia). Dua pasukan yang berpangkalan di China – Hengxiang dan Giant Racing menarik diri lebih awal berikutan penularan wabak maut di Wuhan.

Juara baru akan dinobatkan kali ini kerana juara 2019, Benjamin Dyball (bekas pelumba Team Sapura Cycling) tidak akan mempertahankan gelarannya. Dyball disambar pasukan World Tour dari Afrika Selatan, NTT Pro Cycling yang diramal menjadi tumpuan kali ini berdasarkan status dan reputasinya itu.

Tiga pasukan profesional benua dari Itali yang sering mengambil bahagian juga mahu membuktikan kehandalan mereka manakala Perancis, Jepun, Indonesia dan Australia juga akan menampilkan wakil masing-masing dalam peloton tahun ini.

Selain tumpuan perlumbaan di atas jalan raya, pelbagai acara berkaitan komuniti dan masyarakat setempat diadakan termasuk kayuhan santai dan pameran mini, yang akan diadakan di lokasi permulaan dan penamat pada sepanjang lapan hari perlumbaan.

Agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga menyediakan booth dan trak makanan untuk menjual pelbagai produk pertanian di beberapa lokasi terpilih.

Perlumbaan 8 peringkat PETRONAS LE Tour de Langkawi 2020 dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 14 Februari 2020, meliputi jarak keseluruhan 1,145.9 kilometer merentasi Sembilan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: