
Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2020 telah bermula pada 30 Januari lalu sehingga 6 Februari 2020.
Karnival ini mempertandingkan 11 acara sukan dengan menawarkan 63 pingat emas, 63 pingat perak dan 94 pingat gangsa.
Seramai 2,500 orang atlet dan pegawai, petugas teknikal dan para sukarelawan telah berkampung di UiTM Cawangan Perlis untuk bersama-sama bersaing antara 20 universiti awam.
Semalam, Majlis Perasmian Perkampungan Sukan telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Perlis.
Majlis Perasmian Karnival Sukan MASUM akan berlangsung pada malam ini di Stadium Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Cawangan Perlis dan disempurnakan oleh Datuk Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan Malaysia diiringi oleh Pengerusi MASUM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Azizan Abdullah.
Manakala Karnival Sukan MASUM Fasa 2, akan berlangsung pada 21 hingga 27 Julai 2020 di UiTM Shah Alam. Secara tentatifnya sebanyak 12 acara akan dipertandingkan pada fasa kedua nanti.
Selain Karnival Sukan MASUM pada tahun 2020, MASUM telah merangka 9 program utama sukan bagi terus menggerakkan pembangunan sukan di Universiti Awam.
Antara program utama MASUM bagi tahun 2020, ialah Anugerah Sukan MASUM 2019 pada 18 April 2020, Kejohanan Olahraga dan Renang MASUM pada 10 hingga 12 April di UTM Skudai, MASUM Cup 2020 dan E-Sports Unileague pada 6 8 November di Melaka.
Add Comment