Uncategorized

Karate-do UiTM juara keseluruhan Masum Fasa 1 2020

PASUKAN karate-do UiTM telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2020.

UiTM cemerlang dengan mengutip tiga emas, dua perak dan dua gangsa untuk menewaskan Universiti Malaya di tangga kedua.

Mohamad Adam Afeeq Mohd Azlee, Siti Hajar Mohd Azhat, dan Syahmi Fandi bertindak cemerlang dengan menyumbang emas bagi pasukan UITM dalam kategori masing masing.

Menurut Jurulatih UiTM, Syarulniza Abdul Jamie dia amat berpuas hati dengan kejayaan pasukan karate-do pada edisi kali ini kerana kejohanan ini juga merupakan pertama kali dia bersama pasukan UITM.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mustaza Ahmad, Pengarah Pusat Sukan UiTM di Dewan Semarak UiTM ada petang semalam.

Sukan Masum Fasa 1 berlangsung di UiTM Perlis mulai 31 Januari hingga 6 Febuari 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: