Uncategorized

Yusri tuntut aksi terpuji pemain


Yusri (dua,kanan) serius memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengingatkan barisan pemainnya memperagakan ‘aksi terpuji’ pada perlawanan persahabatan menentang Nara United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Yusri berkata, pertemuan menentang kelab selatan Thailand itu akan dimanfaatkan bagi dia menilai keupayaan anak buahnya bagi menghadapi saingan Liga Premier musim ini.

“Jika mahu berada dalam kesebelasan utama, mereka (pemain) kena bekerja lebih keras.

“Untuk itu, saya akan berikan lebih masa kepada semua pemain untuk buktikan kemampuan mereka pada pertemuan ini,” katanya.

Setakat ini, skuad Team Red Warriors mengharungi persiapan pra musim dengan positif apabila mencatatkan satu kemenangan (Kedah 2-1) dan dua kali seri, (Terengganu FC 3-3, Terengganu FC II 2-2).

Jelas pengendali kelahiran Perlis itu lagi, dia juga mahu menggunakan aksi persahabatan tersebut untuk menilai tahap kecergasan pemain.

“Selain itu, saya juga akan menumpukan aspek tektikal yang pada pengamatan saya antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum liga bermula.

“Apa yang kurang, kita akan cuba perbaiki segala kelemahan menjelang aksi pertama liga nanti,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading