Uncategorized

Skuad Futsal Kebangsaan Mula Latihan Pusat

Seramai 19 pemain telah melapor diri dan turun menjalani sesi latihan sulung skuad futsal kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, petang ini.

Menurut laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia sebagai persiapan bagi menghadapi SAT International Futsal Championship 2020 di Hat Yai, Thailand.

Kejohanan itu dijadual bermula 2 hingga 8 Februari 2020 yang disertai enam negara iaitu Thailand, Turkmenistan dan Malaysia (Kumpulan A) serta Iran, Tajikistan dan Kuwait (Kumpulan B).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: