Uncategorized

Noor Azman tekad lonjak MUSA


Noor Azman (kanan) dan Damien pada Kongres MUSA kali ke-64 di Ayer Keroh, semalam. Foto : FB MUSA

“Sudah pasti saya berusaha membantu MUSA merencana perjalanan gemilang di bawah kepimpinan presiden baharu Damian Yeo Shen Li.

Itu keazaman tinggi dilontarkan Noor Azman Rahman yang dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) pada Kongres MUSA kali ke-64 di Ayer Keroh, semalam.

Beliau yang juga pegawai khas presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilantik bagi menggantikan Datuk Harun Mohamad yang mengosongkan jawatannya sebelum ini.

Beliau berkata, sokongan semua ahli gabungan memberi kekuatan kepadanya bagi mencurah pengalaman yang ada untuk kemajuan persatuan.

Untuk rekod, Noor Azman juga merupakan
Koordinator Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pada kongres semalam, beliau adalah calon yang menerima pencalonan melebihi syarat minima iaitu 30 peratus daripada 43 perwakilan Kelab Gabungan MUSA.

Pengumuman pelantikan mereka itu disempurnakan Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim.

Sementara itu, kongres juga mengesahkan Damian Yeo sebagai Presiden MUSA yang baharu selepas penyandang terdahulu, Ketua Menteri, Adly Zahari menyerahkan jawatan berkenaan kepada beliau pada 1 November lalu.

Penyerahan itu selaras dengan artikel 40 (1) Perlembagaan MUSA yang menyatakan sesiapa saja yang dipilih sebagai ketua menteri secara automatik adalah Presiden MUSA dan boleh melantik sesiapa saja yang dianggap sesuai sebagai presiden.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d