Uncategorized

45 ahli kelab taekwondo SK Kok Lanas mulakan latihan


Ahli kelab taekwondo SK Kok Lanas berlatih pada hari pertama pendaftaran kelab tersebut.

SERAMAI 45 ahli kelab taekwondo Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Lanas, Kota Bharu, mendaftarkan diri untuk memulakan sesi latihan bagi penggal persekolahan 2020, baru-baru ini.

Guru Penasihat, Hasmadi Ahmad berkata, pendaftaran peserta kelab itu melibatkan ahli lama dan baharu.

“Alhamdulillah, daripada segi sambutan amat baik terutama komitmen yang ditunjukkan ahli lama untuk meneruskan penglibatan bersama kelab ini.

“Kita jangka jumlah ahli baharu yang akan mendaftar untuk menyertai kelab ini boleh mencapai angka sehingga 100 ahli dalam masa seminggu dua ini,” katanya kepada Cakap Sukan.

Menurutnya, kelab taekwondo SK Kok Lanas yang ditubuhkan tiga tahun lalu itu telah melatih serta melahirkan ramai murid yang berbakat dalam seni bela diri sehingga mereka menyambung pendidikan di sekolah menengah.

“Kelab ini amat bertuah kerana mendapat bimbingan daripada jurulatih berpengalaman seperti Master Zakaria Ismail.

Tambahnya lagi, kelab itu juga turut mendapat sokongan empat lagi tenaga pengajar iaitu Zunurain Zakaria, Mohd Abd Hadi Salim, Balqis Umaira Che Ramle dan Mohd Faris Asraf Yusof.

Sebahagian ahli kelab taekwondo SK Kok Lanas bersama ibu bapa mereka pada hari pertama latihan mereka, baru-baru ini.

Sementara itu, Master Zakaria memberitahu, sokongan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak mereka tidak sia-sia atau separuh jalan menceburi sukan taekwondo itu.

“Tetapi apa yang saya lihat, sokongan mereka (ibu bapa) di sini cukup positif dan ia satu perkembangan baik apabila semua pihak iaitu ibu bapa dan sekolah sama-sama memberi sokongan kepada murid berkenaan.

“Perkara seperti ini merupakan fundemental kepada bagaimana kita (jurulatih) hendak memulakan proses mencungkil bakat seterusnya menjadikan murid itu atlet yang cemerlang, pada masa akan datang,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d