Uncategorized

Apa khabar Kento Momota


Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Kento Momota memberikan warkah terbaharu berkaitan tahap kesihatannya selepas terlibat kemalangan jalan raya di Malaysia pada Isnin lalu sehari setelah dia menjuarai Malaysia Masters 2020.

Kenderaan yang dinaiki Momota terbabas dan pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian.

Momota terus dirawat di hospital di Malaysia sebelum dibawa pulang ke Jepun. Terbaru, lelaki berusia 26 tahun tersebut memberi khabar terkini tentang kondisi kesihatannya.

Dalam ciapan Twitter pada Jumaat, Momota memberitahu kondisinya mula positif dan boleh pulang dari hospital.

Momota juga menyampaikan pesanan yang menyentuh hati kepada peminatnya di seluruh dunia.

“Saya boleh meninggalkan hospital hari ini. Saya turut berdukacita meninggalnya pemandu,” tulis Momota.

Momota sedar insiden yang menimpanya itu telah menggemparkan peminatnya di seluruh dunia. Oleh sebab itu, Momota juga mengucapkan terima kasih atas sokongan penyokong kepadanya selama ini.

“Terima kasih banyak atas dukungan anda. Sokong anda menjadi semangat saya ketika menerima rawatan. Saya berjanji melakukan yang terbaik untuk kembali ke gelanggang,” tambah Momota.

Gara-gara insiden tersebut, Momota terpaksa mengetepikan dahulu arena badminton dalam tempoh yang agak lama.

Momota kemungkinan kembali semula pada kejohanan All England, pada Mac 2020.

Menurut laporan yang diterima, Momota bakal berehat selama dua bulan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading