Uncategorized

Raja Isa optimis Hodak mampu julang PSM Makassar

Foto : nusakini.com

Keputusan pihak pengurusan PSM Makassar membawa masuk Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih disifatkan tepat oleh Raja Isa Raja Akram Shah.

Bekas pengendali PSM dan Persipura Jayapura ini menyatakan karakter kejurulatihan Hodak mampu menjulang prestasi Juku Eja musim ini.

“Hodak harus mendapat sokongan kuat daripada pengurusan serta pembantu yang mampu menterjermahkan apa yang diinginkannya bagi meningkatkan kemampuan pemain dan pasukan,” ujar Raja Isa ketika mengulas pelantikan Hodak dalam pasukan PSM Makassar.

Jelas beliau lagi, peranan mereka sangat penting. Katanya lagi, Hodak tidak boleh terlepas sebarang komunikasi dengan Bachina, pembantu jurulatih yang selalu mendampinginya untuk beberapa kelab.

Raja Isa mengakui cukup mengenali karakter Hodak kerana sudah lama saling mengenali.

“Jika segalanya berjalan baik, saya jangka PSM boleh berada di tiga terbaik Liga 1 musim ini,” katanya kepada Cakap Sukan di Indonesia, semalam.

Minggu depan, PSM dijadual akan bertemu juara Timor Leste, Lalenok United pada pusingan pertama playoff Piala AFC di Stadion I Wayan Dipta Gianyar.

Dan Raja Isa yakin PSM mampu melepasi halangan Lalenok.

“PSM cukup berpengalaman, dari segi teknik dan kualiti pemain. Lalenok adalah kelab semi profesional yang baru bersaing di level Asia,” terang Raja.

Tambah warga kelahiran Ampang, Selangor ini, perkara yang perlu diberi keutamaan oleh PSM adalah keazaman tinggi yang bakal dipamerkan skuat Lalenok yang diuruskan jurulatih asal Indonesia, Yance Metmey.

“Mereka tentu sangat bermotivasi menghadapi PSM. Boleh mengikat PSM sudah luar biasa buat mereka. Jadi PSM harus tampil sebaik mungkin dan konsisten dengan permainan mereka sendiri,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: