
Felda United FC layak ke perlawanan akhir Piala Edy Rahmayadi selepas mengalahkan PSMS Medan 2-1 di Stadium Teladan, Medan malam tadi.
Felda United terlebih dahulu di depan hasil jaringan Nikolas Velez. Pemain The Fighters, Faiz Mazlan dilayangkan kad merah sebelum berakhir babak pertama.
Bersambung babak kedua, Akhmar Haiqal yang masuk menggantikan Velez dan berjaya menjaringkan gol kedua buat Felda United FC.
Sebelum tamat perlawanan Yudha Risky Hirawan menyempurnakan sepakan penalti untuk gol sagu hati tuan rumah.
Felda United FC akan menentang Boeung Ket FC dalam perlawanan akhir Piala Edy Rahmayadi.
Semoga berjaya buat The Fighters!
Add Comment