Uncategorized

42 MURID SK BANGGOL GUCHIL MULAKAN LATIHAN TAEKWONDO


Sebahagian 42 ahli kelab taekwondo SK Banggol Guchil, Kuala Krai bergambar sebelum memulakan latihan, semalam.

Seramai 42 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil, Kuala Krai memulakan sesi latihan pertama kelab taekwondo sekolah berkenaan, semalam.

Guru penasihat kelab berkenaan, Wan Marina Wan Salleh berkata, kehadiran ahli itu cukup memberangsangkan sekalipun ia adalah latihan sulung, sejak sesi persekolahan dibuka 1 Januari lalu.

“Alhamdulillah, sambutannya cukup baik dan saya percaya jumlah ahli akan terus meningkat kepada lebih 90 orang untuk latihan berikutnya.

“Latihan berjalan selama dua jam, setiap hari Khamis bermula jam 4 hingga 6 petang. Ibu-bapa juga memberikan kerjasama cukup baik sepanjang latihan ini,” katanya kepada Cakap Sukan.

Sesi latihan seminggu sekali itu dikendalikan ketua jurulatih berpengalaman, Master Zakaria Ismail dibantu Zunurain Zakaria dan Mohd Abdul Hadi Salim.

Sekolah berkenaan merupakan pusat kecemerlangan bagi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai.

Master Zakaria

Sementara itu, Master Zakaria memberitahu, kelab taekwondo di sekolah itu telah ditubuhkan sejak enam tahun lalu.

“Mereka (murid) memang berbakat dalam sukan seni bela diri ini dan sentiasa memberikan komitmen tinggi setiap kali menjalani latihan.

“Tahun ini kita mempunyai perancangan besar dengan mengadakan latihan insentif selain memilih atlet terbaik untuk menyertai beberapa kejohanan di peringkat sekolah dan antarabangsa,” ujarnya.

Master Zakaria Ismail memberi tunjuk ajar kepada ahli kelab taekwondo ketika menjalani latihan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d