Uncategorized

Balu Izuan terima Pencen Penakat Perkeso

Siti Marshytah (dua, kanan) menerima sumbangan daripada Nora diiringi Dr Naharuddin (dua,kiri).

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob berkata, balu kepada bekas jurulatih Persatuan Badminton Perlis, Mohamad Izuan Ibrahim layak menerima Pencen Penakat bermula tarikh kematian arwah, Disember lalu.

Menurut Nora, Siti Marsyitah Muhammad, 41 tahun dan tiga anaknya yang berumur sembilan, tujuh dan empat tahun akan menerima wang pencen RM1,780, sebulan seumur hidup dan dimasukkan terus ke akaunnya.

“Sebaik sahaja menerima naklumat mengenai kematian tersebut, pihaknya telah mengemaskini caruman arwah bagi memastikan balu dan anak-anaknya mendapat hak sewajarnya.

“Hasil semakan kami, balu arwah layak untuk menerima Pencen Penakat tersebut dan hari ini kami hadir ke rumah Marsyitah untuk menyampaikan maklumat ini, selain menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000,” katanya kepada media hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Akademi Badminton Malaysia, Dr Naharuddin Hashim dan wakil Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Mengulas lanjut, Nora berkata, pihaknya ingin mewar-warkan kepada semua Persatuan Sukan Negeri dan badan-badan sukan negeri agar mencarum jurulatih dan kakitangan mereka pada pihak kami. Ia amat penting untuk menjaga kebajikan keluarga mereka.

Katanya lagi, balu arwah akan menerima wang pencen tersebut seumur hidup manakala syer anak-anak arwah pula sehingga mereka mencapai umur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda pertama jika berjaya melanjurkan pengajian ke universiti.

Mohamad Izuan pernah melatih pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan membantu Jepun muncul juara Piala Thomas pada 2014.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 19 Disember 2019 kerana mengalami pendarahan otak akibat migrain dan tidak sedarkan diri.

Beliau sepatutnya memulakan tugas kejurulatihan bersama BAM pada 1 Januari lalu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: