Uncategorized

KAFA TUBUH PASUKAN KHAS TANGANI HUTANG LAPUK

SATU pasukan khas ditubuhkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menyelesaikan hutang lama yang menghantui badan induk itu.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, penubuhan pasukan tersebut memperlihatkan komitmen tinggi pihaknya untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji termasuk pemain import.

“Kita sentiasa peka dan berusaha mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut secara berperingkat-peringkat.

“Pengalaman lalu banyak mengajar kita erti kepayahan dalam menyelesaikan isu ini, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan individu yang menganggotai pasukan khas itu serta inisiatif yang dilakukan untuk menanggani hutang persatuan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang mendedahkan Kelantan bakal berdepan pemotongan mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Musim lalu, Kelantan dipotong tiga mata setelah gagal melunaskan tunggakan gaji bekas pengarah teknikal, Alfredo Gonzales dalam tempoh ditetapkan dan hampir tersingkir ke liga amatur, M3.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: