Uncategorized

Grandstand Stadium Sultan Ibrahim bakal dipasang kerusi kulit

Kenyataan Mohd Anizam menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Stadium Sultan Ibrahim sudah hampir sedia digunakan untuk musim 2020 buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan Februari.”

Itu kenyataan terkini daripada Setiausaha Kehormat Kelab Bolasepak JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian yang dipetik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pada masa ini sedang dalam peringkat kemasan akhir sebelum penyerahan stadium dari kontraktor kepada JDT pada 20 Januari.

“Antara kawasan-kawasan yang sedang dalam proses akhir termasuklah bilik persalinan pemain, bahagian dalaman ‘corporate box’, kaunter-kaunter tiket dan karpet sisi padang.

“Lampu LED pada masa ini sedang dinaiktaraf bagi membolehkan pengalaman menyaksikan perlawanan yang lebih baik manakala ‘turnstile’ penyokong yang dipasang adalah buat sementara kerana ‘turnstile’ yang lebih canggih – pertama di Malaysia – telah ditempah dan akan tiba pada bulan April,” ujarnya.

Sementara itu, tempat duduk kawasan ‘Grandstand’ telah dipasang dengan kerusi plastik sementara menunggu kerusi kulit tiba pada bulan Mac.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: