Kemana Hilangnya Abdul Rauf Ahmad ?

Scroll down to content
Tiga bekas pengurus pasukan Selangor Abdul Rauf, Amirudin dan Zakaria insan penting disebalik tabir wira sebenar pasukan.

Jika kita bercakap mengenai senarai pengurus yang sudah tidak kelihatan kelibatnya dalam kancah Liga Malaysia, sudah pasti banyak nama yang keluar di fikiran. Di sini, kami mahu membincangkan tentang bekas pengurus Selangor FA, Datuk Abdul Rauf Ahmad.

Ya, memang benar Selangor telah memiliki pengurus baharu dibawah seliaan Mahfizul Rusydin Abdul Rashid dan kini sedang giat memperkasa pasukan menjelang kempen Liga Malaysia 2020 yang bakal bermula pada penghujung bulan Februari depan.

Manakala, persiapan pasukan dan taktikal disusun rapi sepenuhnya oleh B Sathianathan.

Cuma, timbul persoalan daripada Cakap Sukan dan mungkin sebahagian besar pecinta bola sepak Selangor, kemanakah Abdul Rauf pergi.

Beliau terus hilang dari radar lapangan bola sepak tanah air sebaik sahaja melepaskan jawatan!

Mengimbau kembali akhir tahun lepas yang dipetik dari laman Facebook rasmi FA Selangor, keputusan drastik yang diambil Abdul Rauf itu adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada individu berkaliber bagi memacu Selangor ke pentas lebih tinggi.

Beliau yang merupakan bekas pemain skuad utama Selangor sekitar tahun 1999 hingga 2001 mula menjawat jawatan pengurus pasukan Liga Super Selangor pada 2017.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rauf yang kini berusia 43 tahun adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi penggal 2018-2021.

FA Selangor turut memberikan ucapan penghargaan di atas sumbangan yang telah dicurahkan oleh Abdul Rauf sepanjang beliau bersama pasukan.

”FAS mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa beliau sebagai Pengurus skuad Liga Super Selangor selama ini.”

Terbaharu, viral sekeping foto Abdul Rauf terlibat dalam satu perlawanan bola sepak dan bergambar bersama bekas pengurus terdahulu, Datuk Seri Amirudin Shari yang kini adalah Menteri Besar Negeri Selangor serta Zakaria Ab Rahim.

Tinjauan di media sosial dapati masih ramai peminat tegar Merah Kuning mahukan Abdul Rauf kembali dalam pasukan dan membentuk skuad mantap musim ini.

Mungkin ada peminat Selangor yang lupa bahawa Abdul Rauf pernah meniti zaman sukar ketika menjadi pengurus pasukan.

Pernah dihimpit isu mengatakan skuad Red Giants dilanda krisis dalaman hingga mengakibatkan mereka tewas lima perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan pada tahun 2017.

Keputusan buruk yang dilakar anak buah P Maniam ketika itu menyebabkan mereka gagal dalam usaha mengejar kedudukan naib juara Liga Super malah lebih mengecewakan apabila terkandas di suku akhir Piala Malaysia menerusi agregat 2-4 kepada Kedah.

Bagaimanapun, beliau tetap bersikap profesional meskipun gagal memenangi sebarang kejuaraan musim berkenaan, Abdul Rauf tetap menganggap ia satu pencapaian baik Selangor jika mengambil kira masalah kewangan yang dialami sebelum saingan bermula.

Jika dihitung, banyak masa dihabiskan Abdul Rauf, tenaga dikeluarkan dan wang ringgit yang dikorbankan hanya semata-mata demi membangunkan bola sepak pasukan Selangor.

Hasilnya, bukan untuk memuji sekadar membuta tuli, tetapi apa yang dinikmati Selangor kini adalah kesinambungan yang dibawa daripada beliau yang berjaya menaikkan nama Selangor di mercu kejayaan.

Cuma Cakap Sukan ada dengarlah berita kurang enak segelintir individu yang memandang rendah keupayaan yang ada pada Abdul Rauf.

Sebagai bekas pemain, Abdul Rauf sebenar sentiasa dekat di hati para pemain Selangor ketika beliau bergelar pengurus pasukan

Apa sahaja masalah pemain dalam dan luar padang semuanya dalam kocek Abdul Rauf. Setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya dan itu dilakukannya kepada pemain Selangor.

Iye la, pemain pun ada masalah keluarga, kewangan dan hal peribadi tetapi segala-galanya diselesaikan baik secara kekeluargaan dan itu adalah kelebihan dimiliki skuad Selangor pada musim diuruskan Abdul Rauf.

Sekali lagi Cakap Sukan katakan, ‘kehilangan’ beliau pasti cukup dirasai saat ini oleh sebahagian besar para pemain musim lalu.

Mungkinkah selepas ini, bagi pengurusan baru yang telah bergelar FC boleh mendapatkan khidmat nasihat atau melantik beliau sebagai salah seorang ‘think tank’ bagi pasukan Selangor memandangkan pengalaman dan ‘track record’ beliau yang baik. Malahan, menguruskan pasukan besar bertaraf legenda seperti Selangor adalah bukti terhebat kemampuan anak jati Selangor ini.

Bak kata lirik lagu yang Cakap Sukan sendiri gubah, Selangor yang dulu bukanlah Selangor yang sekarang.

Semoga Selangor terus maju dan menjadi pasukan pencabar bagi kempen saingan Liga Malaysia 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: