Uncategorized

Manchester United kembali ke Kuala Lumpur

SUMBER rapat yang amat dipercayai mendedahkan bahawa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan bermain dalam satu perlawanan di Kuala Lumpur pada hujung bulan Julai depan.

Daripada apa yang Cakap Sukan difahamkan, The Red Devils akan bermain menentang Pilihan Liga Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun butiran lanjut masih belum jelas mengenai siapa yang menganjurkan atau mempromosikan perlawanan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium telah dimaklumkan mengenai perlawanan berpotensi ini.

Difahamkan lagi, wakil-wakil United akan berada di Kuala Lumpur tidak lama lagi untuk memperkukuhkan butiran kontrak.

Sekiranya perlawanan ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi rangsangan terbesar untuk kempen Visit Malaysia 2020 kerana kita dapat menjangkakan sejumlah besar pelancong dari negara-negara jiran akan turut hadir ke ibu negara.

United masih mengekalkan peminat terbesar di negara ini, dilaporkan dengan memiliki lebih sembilan juta peminat mereka di Malaysia.

Jadi, orang ramai boleh mengharapkan Stadium Nasional, dengan kapasiti 88,600 penonton pasti akan diisi dengan penuh para penyokong bola sepak.

Diuruskan oleh Ole Gunnar Solskjaer, pasukan Manchester United miliki bintang hebat seperti Juan Mata, Paul Pogba, Marcus Rashford, Athony Marcial dan David De Gea.

Berkemungkinan besar pemain disebut ini akan beraksi di depan mata kita !!

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: