Uncategorized

FAM hantar pengadil bertugas dalam Kejohanan Piala Emas Bangabandhu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju menghantar dua pengadil tempatan untuk bertugas pada Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Bangabandhu 2020 yang bakal berlangsung dari 15 hingga 25 Jan ini di Dhaka, Bangladesh.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, dua pengadil berkenaan iaitu pengadil, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah, 28 dan penolong pengadil, Mohd Hariff Md Akhir, 33 telah berlepas ke Dhaka, hari ini bagi memulakan tugas dan persediaan menjelang aksi pembukaan kejohanan berkenaan di antara Bangladesh dengan Palestin, Rabu ini.

“Penghantaran dua pengadil berkenaan yang merupakan pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), diputuskan selepas mendapat permohonan daripada Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF), menerusi Facebooknya.

Kejohanan bola sepak jemputan berkenaan yang dibahagikan kepada Kumpulan A melibatkan Palestin, Bangladesh dan Sri Lanka, serta Kumpulan B iaitu Mauritius, Seychelles dan Burundi.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bangabandhu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: