Uncategorized

Abdul Rauf sentiasa ambil berat kebajikan pemain: ASFC

WALAUPUN Datuk Abdul Rauf Ahmad telah melepaskan jawatan sebagai pengurus Selangor, beliau tetap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Itu kata Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid ketika dihubungi Cakap Sukan sebentar tadi.

Beliau diminta mengulas satu laporan khas yang diterbitkan portal cakapsukan.com semalam mengenai kemanakah Abdul Rauf menghilangkan diri selepas meletak jawatan akhir tahun lepas.

“Bagi saya, Abdul Rauf adalah pengurus yang ‘steady’ dan saya pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini.

“Malahan, bekas pengurus terdahulu, Datuk Seri Amirudin Shari yang kini adalah Menteri Besar Negeri Selangor serta Zakaria Ab Rahim juga ASFC ada jalinan erat sebagai kelab penyokong Selangor.

“Seorang pengurus pasukan bola sepak selangor semestinya perlu berhubung baik kepada penyokong Selangor…kita sedia maklum bahawa Abdul Rauf walaupun melepaskan jawatan sebagai pengurus beliau tetap adalah naib presiden FAS dan sentiasa amik berat kepada pasukan Selangor, ” jelasnya.

Selain itu, Mohd Faizal juga memuji pencapaian Amirudin atas kejayaan menjulang Piala Malaysia 2015.

“Menjadi kebanggaan saya bersama Amirudin, seorang pengurus pasukan ketika itu yang sentiasa mendengar keluhan penyokong Selangor seperti ASFC dan tidak dilupakan Zakaria juga adalah pengurus yang baik,” katanya.

Laporan portal cakapsukan.com semalam.

Ketika diajukan persoalan adakah Abdul Rauf layak dan relevan lagi untuk bersama dalam FAS, ini jawapan beliau.

“Selangor FC boleh menggunakan kepakaran Abdul Rauf dengan melantik beliau sebagai salah seorang ‘think tank’ bagi pasukan Selangor memandangkan pengalaman dan ‘track record’ beliau yang baik.

“Malahan, menguruskan pasukan besar bertaraf legenda seperti Selangor adalah bukti terhebat kemampuan anak jati Selangor ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Faizal menggesa penyokong setia Merah Kuning hadir beramai-ramai menyaksikan Piala Cabaran Asia (Asian Challenge Cup) di Stadium Shah Alam, minggu depan.

Ini kerana, perlawanan itu cukup penting buat Selangor sebagai medan memanaskan badan sebelum aksi Liga Malaysia 2020 yang bakal menyingkap tirainya pada penghujung Februari depan.

Tiga kelab gergasi Asia, Hanoi FC, Persib Bandung dan Bangkok United mengesahkan kehadiran untuk pertandingan kali ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: