
Real Madrid berjaya menjadi juara Piala Super Sepanyol setelah menang penentuan sepakan penalti ketika melawan Atletico Madrid (0-0) 4-1 pada aksi final di King Abdulla Sports City, Jeddah, sebentar tadi.
Kedua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga permainan dilanjutkan ke babak tambahan. Real Madrid akhirnya keluar sebagai juara setelah berjaya menyumbat empat gol penalti manakala Atletico hanya mampu menjaringkan satu gol.
Real Madrid pada awal perlawanan sempat mendominasi permainan. Isco dan Luka Jovic beberapa kali menciptakan gerakan peluang berbahaya.
Atletico hampir memecah kebuntuan setelah permainan berjalan 10 minit. Peluang pertama menerusi Joao Felix. Tapi, tendangannya sedikit tersasar.
Kemudian, aksi berlangsung seimbang. Atletico dan Real Madrid silih berganti melakukan serangan.
Atletico kembali menguasai permainan. Minit ke-20 Morata kembali memperoleh peluang, sayang sekali sepakannya melencong.
Minit 38 peluang untuk Mendy. Lepas dari kawalan bek Atletico, tapi tendangan Mendy hanya melepasi gawang gol yang dijaga Oblak.
Real Madrid kemudian mendapat sepakan penjuru. Tandukan Casemiro setelah menerima umpanan Toni Kroos nyaris menggegar jaring Atletico.
Real Madrid kembali mencuba mengambil semula serangan. Luka Modric dan Isco kembali mengatur serangan.
Pertengahan babak kedua, Atletico lebih banyak mengsak benteng pertahanan Real Madrid.
Meskipun berjaya membuka peluang, tapi pemain penyerang kedua-dua pasukan gagal menembusi pertahanan masing-masing.
Pertandingan terpaksa dilanjutkan ke mass tambahan 30 minit. Peluang pertama diperoleh Atletico menerusi J. Gimenez. Sayangnya, tandukannya melambung di atas palang gol dijaga Courtois.
Real Madrid turut melakukan tekanan ke atas Atletico, namun tiada sebarang gol hingga babak tambahan tamat.
Aksi berlarutan hingga sepakan penanti. Empat penendang Real Madrid, Carvajal, Rodrygo, Luka Modric dan Sergio Ramos berhasil menggegar gawang lawan. Sedangkan, Atletico hanya mampu membalas satu gol menerusi Trippier.
Real Madrid: T. Courtois, Sergio Ramos, Carvajal, R. Varane, F. Mendy, L. Modric, T. Kroos, Casemiro, Isco, F. Valverde, L. Jovic
Atletico Madrid: J. Oblak, K. Trippier, Felipe, J. Gimenez, Renan Lodi, H. Herrera, Saul, T. Partey, Morata, A. Correa. Joao Félix
Add Comment