
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan pernah mengadakan rundingan bersama bekas penyerang pasukan itu, Norshahrul Idlan Talaha.
Setiausaha Agung, Husin Deraman mengakui, sememangnya ada rundingan bagi membawa masuk penyerang yang terkenal dengan jolokan The Linesman untuk memperkuatkan pasukan Kelantan.
“Rundingan itu memang ada dan wujud (berlaku) bagaimanapun masih tiada kata putus (mengenai kedudukan Norshahrul Idlan),” katanya menerusi satu siaran media di Kota Bharu, hari ini.
Sebuah portal sukan semalam melaporkan Norshahrul Idlan atau dikenali panggilan Mat Yo menamatkan spekulasi berhubung perpindahannya ke Kelantan menerusi satu status dalam tulisan Jawi di Instastory miliknya.
Dipetik menerusi laman sosialnya itu, Norshahrul Idlan menulis “Tidak sama sekali (akan kembali) bermain bersama Kelantan. Berhentikan khabar angin dan marketing anda!”
Add Comment