
SEBELUM ini, nama Lazarus Kiambi dikatakan antara pemain import yang berada dalam senarai yang digugurkan oleh Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.
Turut tidak disambung kontrak musim ini adalah Saddil Ramdani (Indonesia) dan pemain tengah antarabangsa Singapura, Mohd Safuwan Baharuddin.
Tetapi perkembangan terbaharu dimana kelibat Kiambi yang tiba di Kuala Lumpur, semalam selain Orang Besi iaitu Dickson Nwakaeme memungkinkan adakah Pahang bersedia mengambil semula pemain kelahiran Namibia itu ?
Tambahan pula, ketika ini skuad Tok Gajah tampak pasif melakukan persiapan pra musim membentuk pasukan apabila hanya mengekalkan seorang pertahanan import dari Perancis, Gerald Houlon setakat ini.
Jurulatih, Dollah Salleh pasti mempunyai jawapan di sebalik keresahan penyokong Hogoh Pahang Hogoh menantikan skuad penuh menghadapi saingan musim ini.
Add Comment