Uncategorized

Gotze, pemain kesayangan Klopp hampiri Liverpool?


Mario Gotze, pemain kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, dikatakan akan segera bergabung dengan Jurgen Klopp ke Liverpool sebaik sahaja kontraknya akan tamat pada akhir musim 2019-2020 ini.

Gotze sendiri merupakan salah satu sasaran utama The Reds sejak bursa perpindahan pemain beberapa musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun ini difahamkan tidak akan melanjutkan kontrak baharu meskipun Die Borussen telah memberikan tawaran baru untuknya supaya kekal di Westfalenstadion.

Untuk rekod, Gotze telah menghabiskan empat musim bersama Borussia Dortmund.

Penolakan tersebut berpunca daripada tindakan Borussia Dortmund yang memberi penawaran gaji yang lebih rendah berbanding gaji terkini diterimanya ketika ini.

Gotze menerima 190 ribu untuk gaji mingguan dan pada masa dia mengakui masih menjalinkan hubungan baik dengan Klopp.

“Tentu saja antara saya dan Klopp saling berhubungan. Dia adalah salah seorang yang benar-benar mengerti saya,” ujar Mario Gotze ketika dipetik dalam Bild.

Selain itu, Gotze berkata, Klopp merupakan jurulatih yang memberikan kepercayaan padanya untuk bermain di pasukan utama walaupun saat itu dia masih berusia 17 Tahun.

Jurgen Klopp sendiri diketahui salah gemar membawa masuk pemain dengan harga murah.

Misalnya, kedatangan Xherdan Shaqiri yang hanya berharga 13 juta pondsterling dan Takumi Minamino 7,25 juta poundsterling adalah buktinya.

Kedatangan Mario Gotze ke Liga Perdana Inggeris selepas kontraknya habis pada akhir musim nanti mungkin akan diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah buat Liverpool dan Klopp.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: