Uncategorized

Piala Srikandi 2020 : Penang Stallion sertai perlawanan pra-musim di Pekanbaru


Kota Pekanbaru akan menjadi tuan rumah perlawanan pra-musim Liga Bola Keranjang Wanita Piala Srikandi 2020 yang akan diadakan di GOR Gelanggang Remaja Pekanbaru, Wilayah Riau, 12 hingga 18 Januari depan.

Tujuh kelab bola keranjang wanita iaitu juara bertahan Merpati Bali, Sahabat Semarang, GMC Cirebon, Scorpio Jakarta, Tanago Jakarta, Pekanbaru All Star dan satu pasukan dari Malaysia, Penang Stallion akan beraksi dalam kejohanan ini.

Pekanbaru yang dipilih sebagai venue utama, sebenarnya berpotensi jauh kepada peminat sukan ini apabila mula mendapat perhatian daripada pelbagai kelompok umur, pelajar, kelab hingga dengan kejuaraan antara kilang-kilang.

“Terima kasih kepada pihak Piala Srikandi atas kepercayaannya. Pertandingan bola keranjang wanita di kawasan Riau dan minatnya masih lagi kurang. Salah satu jalan keluarnya adalah kami bermula dengan mengadakan Ladies League yang baru berjalan tahun lalu dan membentuk pasukan wanita Pekanbaru All Star untuk boleh beraksi di kejohanan pra-musim.

“Misi utama Pekanbaru menjadi tuan rumah pra-musim adalah ingin menggabungkan sukan pelancongan dan mengangkat potensi pemain dari Riau.

“Ia juga merupakan kolaborasi salah satu cabang olahraga yang sangat popular dimainkan di dunia, iaitu bola keranjang.

“Setakat ini, persiapan kami sudah sempurna serta mendapat dukungan dari Pemda mahupun pihak penaja iaitu Peak dan Universitas Abdurab,” ujar Dedi Ariandi, Ketua Pelaksana yang juga inisiator Liga Bola Keranjang Junior Pekanbaru (LBJ) dalam kenyataan rasmi media hari ini.

Menariknya, Ladies League yang baru setahun jagung dibentuk berjaya menarik penyertaan lima pasukan (Marpoyan Damai Aviators, Pekanbaru Kota Heroes, Senapelan Heritage, Tenayan Raya Highlander dan Sukajadi Legislator).

“Pembentukan ini dilakukan secara bersama, bermula dari mengumpulkan dan merekod data para pemain khususnya yang ada di kota Pekanbaru. Kemudian kami buat ‘draft’ sesuai dengan kemampuan individu antara pemain.

“Jadi belum tentu mereka yang bermain di satu sekolah atau satu kelab boleh bermain bersama.

“Dan kami berterima kasih untuk kerelaan mereka membahagikan waktunya melatih pasukan peserta Ladies League. Acaranya telah berlangsung dari bulan September 2019 lalu. Dan dari data pertandingan yang telah berjalan, maka 12 pemain terpilih digabungkan dalam pasukan All Star Pekanbaru di bawah komando jurulatih Dewit Yan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, ada kalangan pemain yang teruja dan tak sabar bermain pada perlawanan pra-musim Piala Srikandi itu nanti.

Walaupun tanpa sasaran ditetapkan, para pemain bertekad mahu memberikan aksi yang terbaik.

Pasukan Ladies League.

“Rasanya saya seperti mimpi. Dulu saya dan kawan-kawan hanya boleh melihat mereka dari layar kaca dan streaming. Tapi sekarang mereka hadir di Pekanbaru. Apatah lagi, ada antara mereka adalah pemain kebangsaan.

“Ini kesempatan bagus buat bola keranjang wanita Riau untuk belajar secara langsung dari pasukan Piala Srikandi. Siapa tahu nanti akan ada pasukan wanita dari Riau yang bermain di Piala Srikandi.

“Meski level mereka jauh berbanding kami, setidaknya kami memiliki modal semangat bermain di gelanggang kami sendiri,” kata Cindi Napitupulu, salah seorang pemain Pekanbaru Ladies League.

Dalam pada itu, Deddy Setiawan, selaku ketua koordinator Piala Srikandi berkata, pihaknya membuka kesempatan yang luas untuk mana-mana daerah yang ingin menganjurkan Piala Srikandi, sama ada pra-musim atau liga.

“Kehadiran Pekanbaru dan Malaysia hanya aksi pra-musim sahaja, sementara Flying Wheel Makasar sudah memberikan kenyataan untuk tidak hadir di pra-musim dan memberi tumpuan katima liga bermula bulan depan. Semoga musim depan akan ada pasukan asal Sumatera yang bertanding di Piala Srikandi,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d