Uncategorized

Putra Darwish Fikri mahu jadi sehebat Akram Mahinan


“Cita-cita dan impian saya adalah ingin belajar di sekolah sukan Malaysia dan ingin menjadi pemain yang hebat seperti Akram Mahinan pemain kebangsaan juga anak jati Kulim, Kedah.

Itu nada kesungguhan dilontarkan pemain kanak-kanak, Putra Darwish Fikri Zabudin yang merupakan pelatih di Akademi Tunas Seberang Perai Utara (ATSPU).

Walaupun baru berusia 12 tahun, murid Sekolah Tunku Abdul Malik, Kulim ini telah menunjukkan prestasi terbaik dan meraih pelbagai kejayaan.

Pencapaian individu tertingginya adalah sewaktu mewakili zon utara dalam liga kebangsaan LATZ ke Akademi Moktar Dahari pada November 2019.

Bukan itu sahaja, pasukan bola sepak diwakili Putra Darwish Fikri telah meraih banyak gelaran johan dan naib juara dalam kejohanan disertai.

Untuk rekod, dia diangkat sebagai pemain terbaik semasa berusia sembilan tahun Kejohanan Piala Dato Afif Baharudin, Pemain Berdaya Visi, Pemain Terbaik Bawah Sembilan tahun di ATSPU Kejohanan Karnival Akademi Tunas, mewakili PKG Kulim Bandar baru ketika berumur 10 tahun dan mewakili daerah Kulim Bandar Baharu dalam kejohanan Bola sepak bawah 12 tahun.

“Terima kasih kepada jurulatih yang banyak melatih dan ibu ayah yang memberi sokongan padu selama ini.

“Guru inspirasi yang sangat saya sayang ialah Cikgu Jannatul, jurulatih dari ATSPU, Cikgu Muhd Rusdi dari Sekolah Tunku Malik, Cikgu Roy dan tidak ketinggalan guru kelas yang banyak membantu dan menyokong iaitu, Cikgu Asyraf dari Sekolah Tunku Abdul Malik,” jelasnya kepada Cakap Sukan baru-baru ini.

Selain aktif dalam sukan bola sepak, pengawas sekolah ini juga cemerlang dalam lapangan olahraga.

Dia telah mendapat tokoh harapan koko dua tahun berturut di Sekolah Tunku Abdul Malik 2018 dan 2019 serta tokoh kokorikulum bagi PKG kulim dalam olahraga pada 2019.

“Saya ada mewakili Kulim Bandar Baharu dalam MSSK dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019.

“Paling manis apabila berjaya mendapat kedua terpantas 100 meter bagi negeri Kedah dan 200 meter naib johan bagi negeri Kedah bawah lelaki 12 tahun,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d