FAM BANTU KAFA DALAM URUSAN PERLESENAN KELAB

Scroll down to content
Husin (tengah) bersama Pengurus Bahagian Perlesenan Kelab FAM Andrew Soorian (kanan) dan Hussainu Hussin hadir bagi membantu KAFA menyelesaikan isu lesen Liga M 2020.

SIKAP kebertanggungjawaban Persatuan Bola Sepak Malaysian (FAM) memberi kelegaan buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam membantu persatuan itu menyelesaikan perlesenan kelab.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman mengakui, kesediaan wakil badan induk itu turun padang sangat dihargai sekali gus memberi kelegaan kepada pihaknya bagi memenuhi segala aspek berkaitan perlesenan kelab untuk beraksi di Liga Premier musim ini.

Malah kata beliau lagi, badan induk bola sepak kebangsaan itu turut membantu KAFA memenuhi syarat ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam aspek pengurusan pasukan.

“KAFA sangat berterima kasih kepada FAM di atas bantuan dan tunjuk ajar ini.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan segala peraturan untuk mendapatkan lesen dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pengurus Bahagian Perlesenan Kelab FAM, Andrew Soorian dan Hussainu Hussin hadir ke Kota Bharu bagi membantu KAFA, hari ini.

Jelasnya lagi, sekiranya semua berjalan lancar kemungkinan KAFA akan memperolehi lesen dalam masa terdekat untuk beraksi dalam kancah liga kelas kedua itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: