Uncategorized

Tiket Juara-Juara Liga Asia mahal ?

Harga tiket perlawanan Kedah FA di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2020 dianggap mahal oleh segelintir penyokong Lang Merah.

Kecoh di laman sosial apabila rata-rata peminat jelapang padi itu meluahkan perasaan tersendiri yang melihat harga ditetapkan tidak ‘kena’ pada masa ini.

Kedah akan melayan kunjungan kelab Hong Kong, Wofoo Taipo FC pada 21 Januari depan di Stadium Darul Aman.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melalui laman sosial Facebook mereka hari ini mengumumkan harga tiket bagi perlawanan tersebut adalah seperti dibawah :

Bagi perlawanan 21 Januari 2020 ini, pihak Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk KFA menetapkan 3 kategori tiket iaitu Main Grandstand (kawasan Astaka Utama), Pavillion (kawasan Astaka Lama), Terrace (kawasan Terbuka).

Harga tiket adalah seperti berikut:

☑️ MAIN GRANDSTAND RM50 (Astaka Utama)
☑️ PAVILLION RM30 (Astaka Lama)
☑️ TERRACE RM20 (Terbuka)

Tinjauan skuad Cakap Sukan di media sosial dapati, harga itu dianggap mahal oleh sebahagian besar pecinta bola sepak Kedah.

Azim Ahmad

Penyokong tegar Kedah dari Tunjang, Azim Ahmad melihat harga di astaka utama agak mahal kerana kenaikan itu membebankan golongan yang berpendapatan sederhana.

“KFA kena ingat bukan semua penyokong negeri ini berduit. Ada yang kena bekerja sendiri dan tunggu gaji hari. Malah, mungkin ada penyokong kita yang harapkan jualan padi mungkin bagi mendapatkan tiket.

“Penyokong Kedah ni berbagai latar belakang. Harap pihak KFA bagi diskaun supaya lebih ramai peminat tegar dan setia dapat hadir beramai-ramai ke stadium,” ujarnya.

Aizad Romli

Bagaimanapun, tidak kata Presiden ESC Kedah Official, Aizad Romli ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Katanya, sebagai penyokong setia zaman berzaman mereka tetap akan turun membanjiri Stadium Darul Aman pada aksi perlawanan antarabangsa Kedah berdepan Taipo FC di sebalik harga tiket perlawanan itu yang dikatakan dijual mahal.

“Penyokong adalah sebahagian daripada kekuatan pasukan, kehadiran mereka akan menjadi inspirasi untuk pemain-pemain Kedah menunjukkan aksi terbaik untuk mencatat kemenangan.

“Sudah tentu jika kita menang ke atas Taipo FC, ia akan menjadi satu suntikan motivasi terbaik sebelum kita menentang kelab Korea Selatan di pusingan ketiga Liga Juara-Juara Asia.

“Jadi saya berharap isu harga tiket tidak menjejaskan semangat untuk hadir memberi sokongan apatah lagi perlawanan berlangsung di laman sendiri. Pulun Kedah Pulun,” jelas Aizad.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: