Uncategorized

TFC bawa masuk Stuart Wark


Terengganu FC (TFC) semalam menandatangani kontrak pemain baharu iaitu Stuart Wark untuk bersama pasukan TFC musim depan.

Stuart Wark yang berdarah Scottish Malaysian pernah mewakili JDT II, Sabah, Felda United, Pulau Pinang dan PDRM sebelum menyertai TFC.

Beliau hadir selaku pemain naturalisasi TFC bermain diposisi pertahanan selain boleh bermain dipelbagai posisi diharap memberi kelebihan kepada TFC.

Stuart Wark menandatangani kontrak selama setahun bersama TFC bagi musim Liga Super 2020.

Sementara itu, ini respon Ketua Jurulatih TFC, Mohd Nafuzi Zain mengenai Stuart Wark.

“Kita telah membuat penelitian ke atas tahap prestasi Stuart Wark dalam tempoh hampir dua minggu beliau menjalani latihan dan juga tampil dalam perlawanan latihan sebelum mengambil keputusan untuk bersetuju mendapatkan khidmat beliau.

“Stuart Wark bermain diposisi pertahanan dan kehadiran beliau diharap akan memperkukuhkan posisi tersebut,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: