Uncategorized

TRW Sdn. Bhd, Piya setuju kaedah bayaran tunggakan gaji

Wan Rakemi (kanan) bersama Mohd Badhri selepas satu pertemuan berhubung bayaran tunggakan gaji di Kota Bharu, hari ini. Foto : Kelantan FA

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerusi Syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas kapten pasukan itu Mohd Badhri Radzi atau Piya.

Dalam pertemuan itu, TRW Sdn. Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya Datuk Wan Rakemi Wan Zahari telah bersetuju untuk melunaskan bayaran lapuk itu secara beransur-ansur.

Jelas Wan Rakemi, bayaran secara ansuran itu membuktikan komitmen badan induk itu dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

“Sebagai permulaan, kita lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten TRW itu menggunakan wang hasil jualan tiket.

“Saya amat berterima kasih kepada Piya kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh TRW Sdn. Bhd,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Cakap Sukan.

Wan Rakemi memberitahu, selain Piya pihaknya juga telah melangsaikan sebahagian tunggakan hutang lapuk membabitkan bekas penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Katanya, paling mengembirakan Apek juga bersetuju dengan pelan pembayaran yang telah dikemukakan oleh TRW Sdn.

“Kita gunakan sepenuhnya hasil keuntungan jualan tiket aksi pra musim Kelantan menentang Kedah bagi melangsaikan sebahagian daripada hutang melibatkan bekas kedua-dua tonggak itu,” ujarnya.

Sementara itu, Piya memuji komitmen yang ditunjukkan oleh TRW Sdn. Bhd dalam melunaskan bayaran tunggakan gajinya itu.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kepada TRW Sdn. Bhd dibawah pimpinan Datuk Wan Rakemi yang cukup cakna dalam isu tunggakan gaji,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: