Uncategorized

The Professor rasmi kelab bola sepak Northern Malaya FC

Nassir bersama pemain dan pengurusan kelab bola sepak Northern Malaya FC.

Jangan terkejut apabila sebuah kelab amatur yang baru bertapak dalam industri bola sepak tanah air mendapat perhatian daripada bekas bintang pemain kebangsaan.

Kelab bola sepak Northern Malaya FC yang diasaskan di Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh bekas tonggak utama pasukan Johor FA era 1980-an, Nassir Yusof Saad atau lebih dikenali sebagai The Professor.

Bertempat di De Pauh Garden, Permatang Pauh semalam, majlis perasmian kelab tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran para pemain cilik Northern Malaya FC dari Pulau Pinang dan juga sekitar Kedah.

Nassir ketika ditemui Cakap Sukan memberitahu kelab ini akan menjadi pemangkin kepada program akar umbi dalam mencungkil bakat baru untuk pembangunan bola sepak negara.

Nassir merasmikan kelab bola sepak Northern Malaya FC.

“Siapa tahu, walaupun baru ditubuhkan pemain muda ini jika kita asuh betul-betul mampu menyinar di persada negeri.

“Dengan semangat dan kecintaan sukan bola sepak dipamerkan bakat muda ini, Insya Allah, kelab Northern Malaya FC boleh menjadi kilang dalam melahirkan pemain berkualiti dan berpotensi masa depan,” ujarnya.

Turut hadir Penaung Northern Malaya FC Sharul Afindi Samad dan Ketua jurulatih, Mr Rajan serta tetamu jemputan khas, Mohd Fauzi Mohd Sirat.

Dari kiri; Sharul, Mohd Fauzi dan Nassir.

Tidak ketinggalan kehadiran pemain Cruzeiro Football Academy Phuket, Muhammad Adam Nadzmi Zamri dan Pemain Piala Presiden Kedah Bawah 21 Tahun, Muhammad Amirul Akmal Safarinizam.

Sementara itu, Sharul Afindi menjelaskan, pihaknya mengambil pemain kanak-kanak yang berusia di bawah 10 tahun dan 12 tahun.

“Buat permulaan kita fokuskan pemain di bawah usia bawah 12 tahun dalam skuad Northern Malaya FC.

“Sesi latihan bakal dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih, Butterworth,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: