Uncategorized

PMHC RANCAKKAN SUKAN HOKI KELANTAN


Tengku Iskandar (tujuh,kiri) menerima jersi tertera nama beliau selepas merasmikan Kelab Hoki Pasir Mas di Dusun Green, baru-baru ini.

Kelab Hoki Pasir Mas (PMHC) dilancarkan secara rasmi baru-baru ini sekali gus menandakan pasukan berkenaan serius mahu merancakkan sukan hoki di Kelantan.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan Penasihat PMHC, Yang Mulia Tengku Iskandar Tengku Ahmad di kediamannya di Dusun Green, Pasir Mas.

Presidennya, Muhammad Amin Ridhuwan Ab Aziz berkata, penubuhan kelab ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sukan hoki secara menyeluruh di daerah berkenaan.

Sebenarnya kelab ini telah ditubuhkan dan bergerak aktif sejak tiga tahun lalu namun baru kali ini kita buat satu majlis simbolik pelancarannya.

“Untuk tahun baharu, setakat ini kita masih dalam proses menyusun jadual kelab. Mungkin kita rancang buat latihan tiga kali seminggu,” katanya pada majlis perasmian itu.

Hadir sama, timbalannya Zakaria Ibrahim, Setiausaha, Muhammad Bakhtiar Ab Rahman, Ketua Jurulatih, Mustaffa Ariffin dan ahli jawatankuasa kelab berkenaan.

Barisan kepimpinan PMHC menunjukkan kalendar tahun baharu yang dikeluarkan kelab berkenaan, pada majlis perasmian itu.

Jelas Muhammad Amin, setakat ini, PMHC mempunyai seramai 180 ahli berdaftar berumur seawal tujuh tahun hingga 55 tahun.

Menurutnya lagi, kelab mereka aktif menyertai pelbagai kejohanan di dalam dan luar negeri, sejak beberapa tahun lalu.

“Kita sertai banyak kejohanan peringkat umur di luar Kelantan termasuk Pesta Hoki USM (Universiti Sains Malaysia), 7 Sebelah di Kuantan dan Veteran Terbuka 9 Sebelah.

“Terbaharu, kita akan menghantar pasukan menyertai satu kejohanan veteran 9 sebelah di Sungai Petani, 18 Januari ini,” ujarnya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d