Amirul Akmal sertai Piala Presiden Kedah B-21

Scroll down to content

SETIAP pemain muda bola sepak negara ini mempunyai bakat dan kemahiran tersendiri untuk memastikan mereka mempunyai nilai tambah supaya mampu menjadi bintang pada masa depan.

Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh Muhammad Amirul Akmal Safarinizam yang berjaya menambat hati pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Anak jati Sik, Kedah ini akan bermain bersama skuad Piala Presiden Kedah Bawah 21 Tahun dengan ikatan kontrak selama satu tahun.

Semalam berlangsung satu majlis tandatangan antara pemain dan pihak pengurusan di Majlis Sukan Negeri Kedah, Kompleks Hijau Kuning.

Perkembangan terkini ini juga disahkan oleh bapa Amirul Akmal, Safarinizam Saad ketika dihubungi Cakap Sukan.

Untuk rekod, Amirul Akmal yang merupakan pemain penyerang produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini pernah mewakili beberapa akademi dan kelab sepanjang karier.

Antaranya pernah bermain untuk pasukan, Akademi Panthers, Bintang Biru FC, PLFC dan Qhaleefa FC.

Jika diimbau semula pengalaman Amirul Akmal yang mesra dipanggil Mat Yo, dia pernah beraksi untuk Akademi Tunas NFDP, Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang dulu di kenali Mykid Soccer pada peringkat tujuh hingga 12 tahun.

Dia juga mewakili Malaysia ke Croatia pada tahun 2012 (NFDP) dan menyertai Supermorkh Cup B12 (NFDP) 2014 serta FAP B16 International Tournament JSSL di Singapura pada 2017.

Untuk peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), dia mewakili pasukan Pulau Pinang untuk kategori B12 (2014) , B15 (2017), B18 (2018) dan B18 (2019).

Bukan itu sahaja, Amirul Akmal yang boleh bermain posisi tengah ini turut mewakili MSSM Malaysia Tournament Sukan Intitusi Pendidikan Malaysia 2019 (SIPMA Ke-8).

Kecemerlangan dia selama ini juga dibantu dengan bimbingan bekas pemain negeri.

Dia pernah dibimbing oleh jurulatih Allahyarham Aziz Azizan, Abdul Gaffar Hoosen, Hasmawi Hassan dan Jelani Wilastra.

Info:

-Permain Terbaik 2014
-Most Value Player Qhaleefa Championship 2017
-Mewakili SsBj Piala Belia 2018
-Mewakili SsBj Piala Belia 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: