
Maurizio Sarri baru saja meraih kemenangan ke-100 sebagai pengurus di Serie A. Dia meraihnya bersama Juventus, ketika menumbangkan Sampdoria.
Juventus bertandang ke Luigi Ferraris untuk menghadapi Sampdoria pada perlawanan ke-17 Serie A 2019/20 pada Khamis lalu dan mereka menang 2-1.
Juventus di depan melalui gol Paulo Dybala di minit 19. Sampdoria menyamakan kedudukan menerusi Gianluca Caprari minit 35. Cristiano Ronaldo dengan lompatan supernya mencetak gol yang menjadi penentu kemenangan Juventus pada minit 45.
Itu adalah kemenangan ke-100 Sarri sebagai pengemudi di Serie A. Kejayaan Sarri mencapai rekod tersebut lebih cepat berbanding beberapa jurulatih ternama Itali yang lain.
Sarri meraih kemenangan ke-110 ini di perlawanan ke-169. Sarri tercatat sebagai pengurus terpantas yang mencapai rekod ini jika dibandingkan jurulatih lain yang melakukan debutnya di liga tertinggi Itali setelah musim 1994/95.
Sarri mengatasi rekod Carlo Ancelotti (185 pertandingan), Roberto Mancini (197), Massimiliano Allegri (203), mahupun Alberto Zaccheroni (220).
Sarri mencapainya bersama tiga kelab berbeza, iaitu Empoli, Napoli, dan Juventus.
Statistik Maurizio Sarri di Serie A
Pertandingan: 169
Menang: 100
Seri : 43
Kalah: 26
Gol: 328
Mata: 343
Sumber: Opta
Add Comment