Uncategorized

Wan Zaharulnizam, Nazrin ‘pulang’ perkuatkan Kelantan


Wan Zaharulnizam dan Nazrin melapor diri bersama kem Kelantan Jumaat lalu. Kredit foto : KelantanFA

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Nazrin Nawi menamatkan teka-teki di sebalik tebaran khabar angin berhubung masa depan mereka bersama pasukan negeri kelahiran, Kelantan.

Kedua-dua pemain di posisi tengah dan sayap ini secara rasmi sah bersama The Red Warriors apabila turun berlatih buat pertama kali, Jumaat lalu.

“Kepulangan” dua pemain berpengalaman ini sudah pasti dapat memperkukuhkan skuad Yusri Che Lah bagi mengharungi cabaran kempen Liga Premier musim depan.

Wan Zaharulnizam atau mesra dengan panggilan Kecik pernah mewakili Kelantan pada musim 2014-2016 sebelum mencari angin baru berhijrah ke Pahang (2017-2019).

Sementara Mohd Nazrin sepanjang kariernya mencipta nama diluar Kelantan, sejak 2009 dan ia merupakan pertama kali pemain berumur 31 tahun menyarung jersi negeri kelahiran sendiri.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d